SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , » Menang Pun Nak Cakap Lucah.....Tapi Bagusla Mintak Maaf

Menang Pun Nak Cakap Lucah.....Tapi Bagusla Mintak Maaf

PEMENANG kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Akademi ke-83, Melissa Leo memohon maaf di atas keterlanjurannya menggunakan perkataan 'f***' ketika berucap pada anugerah berprestij yang berlangsung di Kodak Theatre, Hollywood, Ahad.
Leo yang memenangi kategori tersebut menerusi filem The Fighter berkata, keterujaannya menggondol anugerah tersebut buat julang kalinya sepanjang bergelar pelakon menyebabkan dia begitu gembira sehingga terlepas perkataan itu dalam ucapannya.
Sedar akan keterlanjuran itu, Leo yang ditemui di belakang pentas selepas itu memohon maaf kerana menggunakan perkataan lucah di dalam acara siaran langsung itu.
"Saya memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang tersinggung dengan perkataan tersebut. Ianya terkeluar secara spontan dan tidak disengajakan.
"Saya sedar perkataan itu tidak sepatutnya terpacul daripada mulut saya terutamanya dalam majlis rasmi dan berprestij seperti Oscar," katanya yang dipetik portal Daily Mail.
Kemenangan aktres berusia 50 tahun itu sememangnya dijangkakan sejak awal lagi biarpun berdepan saingan sengit daripada aktres Amy Adams yang turut tercalon menerusi filem The Fighter dan Helena Bonham Carter (The King's Speech).
Selain Leo, seorang lagi aktor filem itu, Christian Bale turut memenangi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

 *inilah artis yang dimaksudkan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir