SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , » Budak2 Pra Buat Buah Melaka...Hebat Kan

Budak2 Pra Buat Buah Melaka...Hebat Kan

Assalam semua...tadi petang c.z baru je qada tido yang semalam...sebabnya semalam c.z tido kul 5 pagi...pukul 6.30 bangun dah....bukannya saje-saje nak tido lewat-lewat macam tuh...tapi disebabkan banyak kerja yang perlu disiapkan....Jurnal...betulkan RPH dan RPS....buat ABM...penat jugak la....tapi selamat la hasilnya tak mengecewakan c.z...Alhamdulillah...Allah permudahkan perjalanan pnp kelas td....


sebenarnya tadi dari jam 8 pagi sampai 12 tengah hari ada penyeliaan satu hari yang mana melibatkan c.z dan rakan praktikum...terkejut jugak la bila pagi Isnin pensyarah yang selia c.z telefon dan bagitau nak observe..quite surprise....yelah..konpem dan semestinya terkejut..sebab....RPH dan RPS tak buat apa lagi...masih dalam mood holiday walaupun holiday dah habis....


so....after kelas prasekolah tamat jam 12, c.z cuba kejar buat RPH dan RPS...yelah...nak jumpa puan yang selia tuh...tunjukkan aktiviti boleh buat tak aktiviti tersebut atau pensyarah tersebut mempunyai idea yang lebih sesuai dengan kanak-kanak...jadi bagi slot yang c.z kendalikan iaitu slot bahasa inggeris dan juga modul bertema...perancangan aktiviti bagi slot bahasa inggeris ialah set induksi: bermain puzzle gambar makanan, langkah 1: berbual tentang makanan kegemaran kanak-kanak, langkah 2 : memperkenalkan perkataan bread dan chocolate dan langkah 3: membuat lembaran kerja dengan menulis perkataan bread dan chocolate serta mewarnakan gambar berkaitan. bagi penutup pula, c.z mengajak murid-murid menyanyikan lagu "pizza hut". quite ok la...walaupun pada c.z kanak-kanak nih seakan-akan blur...kita as orang dewasa perlulah merendahkan tahap pemikiran untuk membolehkan kanak-kanak belajar tentang sesuatu berdasarkan tahap mereka

bagi modul bertema pula, c.z mengajak murid-murid membuat kuih buah melaka...sapa yang nak tau macam mana keadaan dan bentuk buah melaka boleh la search kat Mr. G. Dalam slot ini, c.z nak ajar kanak-kanak menguli dan juga memperkenalkan kanak-kanak dengan makanan yakni kuih tradisional. permulaan pnp bermula dengan c.z memberi teka teki berkaitan buah melaka . langkah 1: c.z menunjukkan cara bagaimana menghasilkan doh sebelum membuat buah melaka...keadaan kanak-kanak semasa demonstrasi memang mereka amat teruja...tak sabar betul...biasalah nama pun kanak-kanak....langkah 2: c.z tunjukkan cara bagaimana buat buah  melaka....langkah 3: c.z bagi sedikit adunan pada kanak-kanak untuk mereka uli dan gentel seterusnya mereka mengambil gula merah dan meletakkan di tengah-tengah adunan yang mereka uli tadi dan membentuk seperti bebola....untuk memasak c.z dan rakan yang buat dengan memasukkan dalam air yang tengah mendidih,....kanak-kanak memang teruja...siap tunggu lagi dan tanya bila nak makan...hehhehee....bila dah siap,,,c.z bagi kanak-kanak bawak balik sorang 1 buah melaka yang diorang buat...konpem budak-budak tu bangga....

ok..lah..perut nih lapar la pulak...pas maghrib nak pergi makan lepastu InsyaAllah c.z akan update blog nih

p/s: esok nak pergi lawatan ke Kilang Yakult Seremban...bersama-sama kanak-kanak prasekolah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir